22 OGOS 2025 - Jumaat,satu taklimat untuk pensyarah penyelia praktikum bagi pelajar unitY telah diadakan di Dewan Seri Melati,IPGM Kampus Ipoh. Taklimat tersebut telah diberikan oleh ketua unit praktikum,Puan Saidatul Nadiah bt Shamsuddin.
20 Ogos 2025 - BENGKEL KECEMERLANGAN PRAKTIKUM.
RABU,20.8.2025- Bengkel Kecemerlangan Praktikum PISMP Unit Y. Bengkel ini telah dijalankan selama 3 hari,bermula 20 hingga 22 Ogos 2025. Bengkel tersebut diadakan di Dewan Seri Tanjung IPGM Kampus Ipoh. Objektif bengkel ini diakan adalah untuk memudahkan urusan semua pihak bagi tempoh semasa dan selepas selesai praktikum.
hari pertama bengkel
20 Ogos 2025(Rabu)
MESYUARAT UNIT PRAKTIKUM - Bengkel Kecemelangan Praktikum Untuk Pelajar PISMP Unit Y.
Selasa,19/8/2025- Satu sidang mesyuarat peringkat unit telah diakan pada hari tersebut. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk memastikan bengkel yang bakal berlansung dapat dijalankan dengan sempurna. Bengkel kecemerlangan praktikum bagi pelajar PISMP UnitY ini diwajibkan bagi semua pelajar UnitY seramai 223orang pelajar.
MESYUARAT UNIT PRAKTIKUM
30 Julai 2025 - Unit Praktikum telah mengadakan mesyuarat peringkat unit pada hari Rabu bersamaan 30 Julai 2025. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pensyarah & staff unit praktikum seramai 5 orang.
17 - 18/7/10125 - RPP Unit BD
17&18 Julai 2025 - Refleksi Pertengahan Praktikum. RPP bagi pelajar Unit BD telah berlansung secara bersemuka di IPGM Kampus ipoh bagi beberapa kumpulan pelajar. RPP tersebut turut dijalankan secara dalam talian bagi sesetengah kumpulan pelajar Unit BD ini berikutan beberapa faktor.