Aluan Ketua Jabatan Amalan Profesional
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke Portal Jabatan Amalan Profesional IPGM Kampus Ipoh.
Saya amat
berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para pengunjung
kerana melayari Portal ini. Adalah diharapkan agar portal ini dapat
membantu menyampaikan segala informasi berkaitan yang diperlukan.
Jabatan Amalan Profesional berfungsi sebagai penggerak kepada pembangunan pelajar dalam melaksanakan latihan praktikal sepanjang tempoh pembelajaran di IPG. Oleh hal yang demikian pelaksanaan sistem latihan adalah berdasarkan struktur Amalan Profesional yang telah ditetapkan melalui RMK dan Garis Panduan oleh pihak IPGM. Komponen pelaksanaan Amalan Profesional merangkumi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PRKA 3012), Praktikum dan Internship. Sehubungan itu Jabatan ini juga sentiasa dibantu oleh para pensyarah yang berwibawa dalam menjalankan penyeliaan dan bimbingan kepada siswa guru yang sedang berpraktikum.
PUAN SAIDATUL NADIAH BINTI SHAMSUDIN
Ketua Jabatan Amalan Profesional
Kampus Ipoh


No comments:
Post a Comment