• ;

15.01.2025 - TAKLIMAT PRAKTIKUM KEPADA GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Rabu, 15 Januari. Taklimat Praktikum Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah pun dilaksanakan di Dewan Seri Tanjung pada jam 9.00 pagi. Taklimat tersebut telah pun dihadiri oleh pentadbir-pentadbir sekolah yang terlibat dengan penempatan Praktikum Fasa 2, Praktikum Elektif Teras Fasa 2, Internship dan Internship Bimbingan dan Kaunseling PISMP Ambilan Jun 2021 - Julai 2025.

Taklimat tersebut turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPGM Kampus Ipoh dan juga YBrs. Dr. Hj. Mohd Taufik bin Haji Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum IPGM Kampus Ipoh.

Disebalik pertemuaan ini, terdapat banyak maklum balas diterima Unit Praktikum. Lebih-lebih lagi isu jadual waktu dan juga pelaksanaan Praktikum dan Internship yang akan berlaku secara segerak. Kejadian yang jarang berlaku ini, memerlukan kerjasama pihak sekolah untuk menangani isu-isu yang sering berlaku. 

Unit Praktikum IPGM Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada pentadbir-pentadbir sekolah yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri taklimat ini.





Kongsi:

10.01.2025 - PERSARAAN PUAN LATIFAH BINTI A.JAMIL

Jumaat, 10 Januari. Hari ini merupakan hari Majlis Santunan Budi buat Puan Latifah binti A.Jamil, Penolong Ketua Unit Praktikum. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Seri Tanjung, turut dilangsungkan bersama dengan Perhimpunan Bulanan IPGM Kampus Ipoh. 

Puan Latifah akan bersara wajib pada 17 Januari 2025. Beliau dilahirkan di Berek Polis, Balai Polis Menglembu pada 17 Januari 1965. Mendapat pendidikan di SK Raja Perempuan dan SK Jalan Residensi, SMK Perempuan St George dan SMK Alang Iskandar. 

Beliau pernah berkhidmat di: - 
  1. SK Felda Sungai Kelah, Perak.
  2. SK Kuala Kurau, Perak.
  3. SK Kota Kuala Muda, Kedah.
  4. SK Usaha Ehsan (kini SK Taman Samudra), Selangor.
  5. SK Gombak (1), Selangor.
  6. SMK Tarcisian Convent, Perak.
  7. SMK Simpang Pulai, Perak.
  8. IPGM Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
Terakhir beliau ditempatkan di IPGM Kampus Ipoh mulai 1 September 2013 sehinggalah bersara. Walaupun kehadiran Puan Latifah di Unit Praktikum dalam tempoh kurang 2 tahun, sumbangan dan jasa beliau tidaklah pula sesingkat tempohnya. Puan Latifah ditugaskan untuk menguruskan: - 
  1. Internship Bimbingan dan Kaunseling PISMP Ambilan Jun 2020 / 2024.
  2. PBS II PISMP Ambilan September 2021 - Julai 2026.
  3. PBS I PISMP Ambilan Ogos 2022 - Julai 2027.
  4. PBS PDPP Ambilan Oktober 2023.
  5. Praktikum PDPP Ambilan Oktober 2023.
  6. Praktikum Fasa 1 PISMP Ambilan September 2021 - Julai 2026.
Semoga Puan Latifah bahagia dan ceria selepas tamat tempoh perkhidmatan ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Puan Latifah sepanjang berada di Unit Praktikum khususnya dan IPGM Kampus Ipoh amnya. 

 

 








 

Kongsi: