• ;

22.03.2025 - PELANTIKAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK PASUKAN POLIS HUTAN

Sabtu, 22 Mac. Pada Mesyuarat Agong PIBG SK Pasukan Polis Hutan baru-baru ini telah menyaksikan Haji Nakhaie telah terpilih sebagai Naib Yang Dipertua setelah pembubaran AJK sedia ada. Pelantikan ini merupakan kewajaran bagi setiap PIBG sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk mengadakan pilihan AJK baharu mengikut ketetapan dalam perlembagaan PIBG masing-masing.

Dengan pelantikan ini, diharapkan hubungan antara IPG Kampus Ipoh dan juga SK Pasukan Polis Hutan bertambah erat dan memudahkan urusan pada masa akan datang.



Kongsi:

21.03.2025 - MAJLIS IFTAR DENGAN WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAPAT

Jumaat, 21 Mac. Haji Nakhaie telah berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Iftar SK Sungai Rapat. Majlis diadakan sebagai acara tahunan sekolah. Majlis ini bertujuan meraikan murid-murid dari keluarga B40. Turut disertai oleh warga sekolah, termasuk guru dan PIBG. Undangan lain juga terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai hubungan rapat dengan sekolah. 

Juadah yang disediakan tidak kurang sikitnya. Terdapat aneka kuih-muih, nasi beriani, kari kambing, ayam bakar, aneka gorengan celup tepung, kerang rebus, cendol, minuman panas dan juga hidangan teh ais khas dari Cameron Highland yang ditaja oleh syarikat swasta.

Dalam majlis ini juga, 4 orang pelajar yang berpraktikum di sini turut memberikan komitmen dalam menguruskan majlis ini. Mereka ialah Nur Aliah Insyirah Binti Md Zaman, Nur Arisya Binti Indra Shahril, Nur Dalida Zakirah Binti Zainol dan Nurin Tihani Binti Md Nasir. Mereka juga menerima pujian daripada Guru Besar dan juga pentadbir yang lain atas komitmen yang telah ditunjukkan mereka sepanjang tempoh mereka melaksanakan praktikum.

Diharapkan majlis seperti dapat diteruskan pada masa akan datang sama ada dengan tajaan ataupun tidak. Meraikan mereka yang tidak berkemampuan untuk terlebih utama. Kita juga kena cabangkan pandangan mata kita yang mana majlis berbuka puasa ini bukan saja keutamaan pada anak yatim sahaja, malahan mereka yang tidak berkemampuan juga perlu dipandang sama.









Kongsi:

20.03.2025 - TAKLIMAT PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH UNIT BD

Khamis, 20 Mac. Telah berlangsung Taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi kumpulan pelajar PDPP Ambilan Oktober 2024 secara dalam talian. Taklimat berkenaan disampaikan oleh Haji Abu dan disokong oleh Haji Nakhaie. 

Taklimat ini memberi penerangan tentang perjalanan PBS yang akan berlangsung pada 6 / 7 April 2025 hingga 17 / 18 April 2025 selama 2 minggu. PBS kali ini melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Diharapkan dengan taklimat ini dapat memberi panduan kepada para pelajar untuk melaksanakan PBS sebaiknya dengan mengharungi kekangan tugas hakiki dan tanggungjawab keluarga.












Kongsi:

17.03.2025 - TAKLIMAT MENTOR INTERNSHIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT W

Isnin, 17 Mac. Telah berlangsung Taklimat Mentor Internship Bimbingan Dan Kaunseling (B&K) PISMP Ambilan Jun 2021 - Julai 2025 secara dalam talian. Taklimat tersebut disertai oleh kaunselor dari 8 buah sekolah menengah yang terpilih, iaitu:-

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Poi Lam
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sam Tet
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh

Hadir bersama dalam taklimat ini ialah Haji Nizam, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan. Teraju utama dalam taklimat ini ialah Pn.Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum. Taklimat ini juga dimeriahkan dengan telatah Haji Nakhaie, Pegawai Pengurusan Praktikum untuk memeriahkan suasana. 

Taklimat seperti ini akan dilaksanakan dalam tempoh 4 tahun lagi. Semoga persiapan yang lebih teliti dan teratur dapat dibuat bagi mengelakkan masalah sedia ada.












Kongsi:

14.03.2025 - TAKLIMAT PROGRAM BANGKIT UNIT W

Jumaat, 14 Mac. Satu taklimat secara dalam talian berkenaan Program BaNgKitT telah pun dilaksanakan kepada Unit W yang sedang menjalani Praktikum Fasa 2 dan Internship Bimbingan dan Kaunseling. Siswa guru Unit W akan melaksanakan Program BaNgKiT ini di sekolah dengan baki praktikum yang ada.

Kehadiran taklimat tidak dapat diperolehi kerana data rasmi tidak dapat dikeluarkan. Namun begitu, taklimat ini juga turut dihadiri oleh 2 orang pelajar Unit X iaitu Muhammad Azraf Bin Mohamad Rosli dan Nurasma Syamimi Izzati Binti Muhammad Yusni, yang mana mereka telah berpengalaman melaksanakan Program BaNgKiT pada suku akhir tahun lepas ketika berpraktikum.

Semoga Program BaNgKiT ini dapat diteruskan sekiranya ia menunjukkan impak yang positif. Penyertaannya juga patutlah diperluaskan ke semua 27 kampus IPG yang lain. Perkara yang baik, perlulah dikongsi bersama. 








Kongsi:

12.03.2025 - TAKLIMAT PENSYARAH PENYELIA PBS PDPP AMBILAN OKTOBER 2024

Rabu, 12 Mac. Telah diadakan satu taklimat kepada semua pensyarah kursus PRKA2031, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk pelajar PDPP Ambilan Oktober 2024 (Unit BD) secara dalam talian. Hal ini terjadi berikutan pada tarikh asal taklimat ini, ramai pensyarah yang terlibat dengan program lain. Maka penundaan taklimat tidak dapat dielakkan.

Taklimat ini dilaksanakan dengan tujuan memastikan semua pensyarah mendapat penataran tentang kursus serta keperluan-keperluan pelajar yang akan melaksanakan PBS di sekolah. Unit BD akan melaksanakan PBS mulai 7 April hingga 18 April 2025. Hanya ada seorang saja yang akan melaksanakan PBS awal sehari kerana berada di negeri kumpulan.

Semoga pelaksanaan PBS kali berjalan lancar dan tiada halangan serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pensyarah dan pelajar.







Kongsi:

10.02.2025 - TAKLIMAT PERENTAS PRAKTIKUM CEMERLANG DAN CALON PRAKTIKUM CEMERLANG ELEKTIF FASA 2 PELAJAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT W

Isnin, 10 Mac. Telah berlangsung taklimat kepada perentas praktikum cemerlang dan calon praktikum cemerlang secara berasingan dan dilaksanakan secara dalam talian. Bagi perentas, taklimat diadakan di sebelah pagi, manakala calon pula di sebelah petang.

Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan tentang proses rentasan dan juga kepentingannya. Persediaan boleh dibuat oleh kedua-dua pihak berdasarkan keperluan semasa. Sudah menjadi ketetapan Unit Praktikum untuk memandu calon agar rentasan mereka berjaya. Sekali gus memboleh mereka turut mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan peratusan cemerlang pelajar pada masa akan datang.








Kongsi:

05.03.2025 - MAJLIS IFTAR OPSYEN BERSAMA-SAMA PELAJAR

Rabu, 5 Mac. Majlis Iftar Opsyen telah berlangsung di Surau PIAH, IPG Kampus Ipoh yang melibatkan Jabatan Sains dan Matematik, Unit Praktikum, Unit Pembangunan Latihan, Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Unit Psikologi Dan Kaunseling dan Unit Grafik. Turut melibatkan sramai 130 orang pelajar daripada Unit A4, A7, B1, B2, B3, B4, B12 dan B13.

Haji Nakhaie dan keluarga mewakili Unit Praktikum, En. Nazri mewakili Unit Psikologi Dan Kaunseling dan Haji Nizam selaku mentor pelajar telah hadir bersama memeriahkan majlis. Program tersebut dimulakan dengan tahlil kemudian diikuti dengan majlis berbuka. Setelah itu solat Maghrib berjemaah dijalankan. 

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Ia akan memberi ruang kepada pelajar untuk meringankan bebanan kewangan dan memberi ruang kepada pensyarah, pegawai, kakitangan untuk bersama-sama berkongsi rezeki.










Kongsi:

25.02.2025 - CARTA ORGANISASI UNIT PRAKTIKUM YANG TERKINI

 




Kongsi: