16.04.2025 - JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI UNIT PRAKTIKUM

Rabu, 16 April 2025. Julung-julung kalinya Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Jamuan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang itu sangat mendapat sambutan dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh. Pensyarah dan staf tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang disediakan. Antaranya bihun goreng, nasi impit, lemang, kuah kacang, bihun sup, rendang ayam, ayam masak merah, aneka kek, aneka kuih-muih dan manisan, anek kuih-kuih raya, aneka buah-buahan, roti bakar, air teh o ais lemon, teh panas dan yang paling istimewa, nasi lemak berempah berserta lauk pauknya yang disediakan oleh  Haji Abu dan Puan Hajah Rosmah.

Jamuan ini turut diserikan dengan kehadiran Dr Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut diselangi dengan bacaan doa selamat oleh Dr Rizalman bersempena Puan Hajah Rosmah yang akan menjalani pembedahan mata dan Haji Nakhaie yang telah selamat menempuhi temuduga HLP. Kehadiran tetamu tidak putus sehinggalah saat akhir.

Kami memohon maaf kerana kehadiran tetamu yang luas biasa yang menyebabkan kesesakan dalam Unit Praktikum dan ada yang tidak mendapat tempat duduk. Jika diizikan Tuhan, tahun depan kami akan memasang khemah di depan unit bagi menyediakan lebih ruang kepada para tetamu untuk menikmati hidangan. Kami juga memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang jamuan ini berlangsung. 

Diharapkan dengan jamuan ini dapatlah semua warga IPG Kampus Ipoh mengeratkan silaturahim dan menyemai rasa kasih sayang antara kita. Jika ada lagi, jangan serik datang lagi.












Kongsi:

Related Posts:

No comments:

Post a Comment