LAWATAN PENANDA ARASAN UNIT PRAKTIKUM IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

Rabu, 11 Disember. Baru-baru IPGM Kampus Ipoh menerima kunjungan dari IPGM Kampus Tuanku Bainun untuk mengadakan Lawatan Penanda Arasan. Kehadiran mereka ini, ingin melihat amalan terbaik Unit Praktikum IPGM Kampus Ipoh sebagai Tier 1 Amalan Profesional. Kedatangan mereka turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Mariah binti Ibrahim, Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Kehadiran mereka disambut oleh YBrs. Dr. Hamidah binti Samsudin di Bilik Pengarah. Kemudian pertemuan antara kedua-dua Unit Praktikum ini dilangsungkan di Bilik Dahlia. Turut memberikan input dalam pertemuan ini ialah YBrs. Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj. Ahmed, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh turut merangkap sebagai Pakar Rujuk Amalan Profesional IPGM. Antara lain, aktiviti yang dilaksanakan ialah Lawatan ke Unit Praktikum, STEM HUB dan Perpustakaan. 

Diharapkan input yang diberikan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua Unit Praktikum. Perkongsian amalan terbaik ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang antara IPGM Kampus.

Rombongan IPGM Kampus Tuanku Bainun terdiri daripada: -
YBrs. Dr. Mariah binti Ibrahim (Pengarah)
En Manjuzri Azzim bin Mohamad (KUKP)
Pn Noormiza bint Md Noor (KU Amalan Profesional)
En Shahril bin Wanteh (KU Sains)
Cik Teo Lai Yong (Pensyarah Akademik)
En Mohd Hanafee bin Mohd Zaki (Pegawai Pengurusan Praktikum)
Pn Norazlina binti Md Ali (Pembantu Operasi)
Pn Azlina binti Ishak (Pembantu Operasi)




Kongsi:

No comments:

Post a Comment