MENGEMAS DOKUMEN DI UNIT PRAKTIKUM

Selasa, 24 Disember. Menjadi kebiasaan kami di Unit Praktikum akan melihat semula dokumen yang perlu disimpan dan juga dokumen yang perlu dilupuskan. Gerak kerja ini melibat semua tenaga di Unit Praktikum. Dokumen yang telah lama dan juga di luar daripada keperluan audit akan disisihkan. Susunan dokumen yang perlu disimpan akan disusun semula bagi memudahkan urusan semakan.

Seperti biasa, akan ada yang beraksi seperti Spiderman, Hulk dan juga Flash. Bagi memastikan semua urusan ini dapat diselesaikan segera. Inilah rutin kami di Unit Praktikum setiap kali hujung tahun menjelang tiba. 






Kongsi:

No comments:

Post a Comment