Khamis, 20 Februari. Bengkel Asas Seri Seramik anjuran Jabatan Sains Sosial (JSS) telah pun dilaksanakan di Dewan Seri Tanjung. Turut menyertai bengkel ini ialah Hj Nakhaie dan En Azrul.
Dalam bengkel ini, mereka telah mempelajari tentang cara membentuk objek dengan tanah liat dan kaedah seni yang terlibat untuk membentuk objek. Kemudian mereka mewarnakan labu sayong mini. Kaedah mewarna, cara mewarna dan juga proses setelah mewarna.
Bengkel ini bukan saja dilihat untuk menambah ilmu, tetapi lebih kepada apresiasi seni dan luahan bakat terpendam. Diharapkan bengkel seperti ini akan menjadi aktivit tahunan JSS.