Jumaat, 7 Februari. Unit Praktikum menzahirkan rasa bangga apabila dua daripada kakitangannya telah berjaya memperolehi Perakuan Pengiktirafan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) dari Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pengurusan Psikologi. Mereka yang menerimanya ialah Pn. Roslawati binti Hashim dan En. Azrul Haizal bin Daud.
Sijil telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Ipoh pada Perhimpunan Oganisasi Bulan Februari 2025 di Dewan Seri Tanjung. Pn Roslawati telah menerima sendiri sijil tersebut dan En Azrul telah diwakilkan oleh En. Zainal Azhar bin Jamaludin kerana gangguan kesihatan.
Semoga dengan pengiktirafan ini, Unit Praktikum dapat memberikan sumbangan terhadap pengurusan psikologi di IPG Kampus Ipoh. Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment