23.01.2025 - JUMPA KEMBAR SENDIRI?

Khamis, 23 Januari. Akhirnya bertemu juga kembar sama tapi tak serupa ini. Pertemuan antara Haji Nakhaie dan juga En Hanafee, Pegawai Pengurusan Praktikum IPGM Kampus Ipoh dan IPGM Kampus Tuanku Bainun. 

Pertemuan ini, lanjutan daripada Lawatan Penanda Arasan Unit Praktikum IPGM Kampus Tuanku Bainun tempoh hari tetapi kali dari Unit Perpustakaan pula. Tujuan lawatan kali ini ialah mereka ingin melihat sistem yang dibangunkan oleh Puan Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum IPGM Kampus Ipoh ketika beliau menyandang jawatan Ketua Unit Perpustakaan.

Dalam pertemuan Haji Nakhaie dan En Hanafee, turut dibincangkan beberapa perkara yang lebih bersifat peribadi untuk laluan kerjaya. Apa pun, diharapkan jalinan ini tidak terhenti di sini dan dapat diteruskan pada masa akan datang.   





Kongsi:

Related Posts:

No comments:

Post a Comment