Rabu, 20 Februari. Telah berlangsung Taklimat Guru Pembimbing bagi Praktikum Fasa 2, Praktikum Elektif Teras Fasa 2 dan Internship Bimbingan Dan Kaunseling sejak Isnin lalu. Taklimat ini melibat guru-guru pembimbing dari 72 sekolah yang terlibat dengan pelajar perdana dan 13 buah sekolah yang terlibat dengan pelajar Bimbingan Dan Kaunseling.
Taklimat berkenaan dijalan secara dalam talian sepenuhnya memandangkan sesi awal persekolahan bermula pada hari yang sama. Sepanjang taklimat berkenaan, guru pembimbing didedahkan dengan Garis Panduan Amalan Profesional yang sedang berkuat kuasa bagi pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 - Julai 2025. Turut memberikan taklimat daripada jabatan akademik yang terlibat.
Diharapkan taklimat ini, memberikan panduan kepada para guru pembimbing untuk membimbing pelajar yang terlibat dalam mendepani dunia realiti sebagai seorang guru.
No comments:
Post a Comment